Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan atas nikmat sebuah kehidupan, nikmat iman, nikmat Islam dan segala macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
Masih lagi di Taman Ilmu dan Budi. Aku sebagai pemerhati, perasa dan pentafsir yang tidak berbayar. Aku masih kembara di alam Tuhan. Terima kasih atas segalanya wahai Tuhan. Masih DIA sudi memilih aku untuk bernafas di bumi agung yang tidak kekal.
Jumaat 24/12/2004 aku berkesempatan pulang ke rumah. Tiba di Pudu, aku agak kaget melihat keadaan yang sibuk. Seperti biasa aku akan menjadi pemerhati rahsia. Di mindaku beroleng segala macam ragam insan dan aku cuba mengenalpasti tiap yang aku lihat dengan teori-teori psikologi..cewah!! Seronok pula bila dapat tahu apa dan mengapa sesuatu itu terjadi berlandas ilmu. Namun, aku kerahkan minda agar sentiasa memandang sesuatu dengan hikmah, biar ada husnulzon pada aqal bila menafsir. Yeah, ilmu yang membawa aku untuk lebih memahami insan.
Tak lengah, aku terus ke tempat tiket. Sah lah..ramai yang beratur nak balik Melaka. Hampir terlupa esoknya Krismas, tentulah org ramai terlalu ramai di perhentian bas. Erm..Allah beri aku inspirasi dan aku terus mencari alternative lain. Alhamdulillah, aku dapat tiket tapi hanya akan bertolak jam 2.30pm. Aku terus membolosi kawasan sesak Puduraya, dan selepas bagi tahu mak yang aku hanya akan sampai waktu petang, kaki ku atur terus ke surau. La..surau berkunci. Ramai kaum wanita masa tu. Sungguhlah bernasib baik kerana aku berpeluang menunaikan Zohor walau tiada telekung. Aku segera teringat sahabatku Din. Dia pernah berkata yang Islam tu kan mudah, buat apa kita nak susahlan lagi. Yelah kan..dalam keadaan macam tu, di luar surau pun masih boleh bersolat. Alhamdulillah, tanpa telekung, aku bersolat dengan insan yang lain. Cuba bayangkan kalau pakaianku tak memenuhi syarat, pastinya aku akan terkandas. Nasiblah aku pakai jubah masa tu.
Tiba di Melaka, Angah dah menunggu. Kami pulang ke rumah naik kereta baru angah. Hehe..adikku dah punya kereta sendiri. Aku?? Si Along yang tak punya apa namun tanggungjawab masih tergalas berat. Aku model pada adik-adikku kan? Tiba di rumah, aku disambut riang..adik2 kesayanganku tak lepas dari peluk ciumku. Mamat, Jaja dan Jiji anugerah Tuhan yang tidak ternilai, penghibur kala aku lara.
Seusai Maghrib, kami keluar ke Bandar. Mak cadangkan agar aku buat cermin mata baru. Cermin mata lama aku tu dah ‘hina’ sket ..hehe. So, tak banyak cite kami kuarlah membeli dan belah. Hampir jam 10 kami ke gerai makan. Aku request satay. Hehe..pelbagai juadah tersedia di depan mata. Penuh perut aku masa tu. Sungguh! Detik bersama amat bermakna buatku sementelah angah lama dah tak pulang. Makan dan bercerita bersama adalah detik istimewa. Aku rindukan detik2 itu. Yelah..keluarga aku hanya ada 5 org saja. Bila sorang takde maka akan terasa juga sepi kat rumah tu. Dalam perjalanan pulang, aku sempat berpesan pada adik ku supaya tetap dalam fikrah Islam. Aku beri sedikit nasihat agar dia sentiasa patuh pada suruhan Tuhan. Aku nyatakan dengan penuh harapan dan aku harapkan keluarga aku dapat fahami apa yang aku cuba sampaikan. Moga aku dapat kongsikan sesuatu dlm keluarga kami.
InsyaAllah..harapnya DIA Tuhanku akan menjadikan keluargaku sebagai keluarga cemerlang dunia dan akhirat. Jadinya, bila punya ilmu, pada keluarga lah dulu harus aku sampai dan kongsikan segala terutamanya pada adik2 yang aku sayangi. Hidup ni terlalu banyak mehnahnya dan aku nak mereka tahu yang aku di sini bukan cuma berkelana sifar. Aku cuba mencari dan apa yang aku dapat dari taman BUDI ini akan aku gerakkan bersama insan yang aku sayangi, keluarga terutamanya. Inilah langkah da’wah yang perlu aku utamakan dulu. Yeah..pada keluargaku. Tak guna jika aku dapat ilmu tapi tak disebarluaskan. Mana tahu jika ianya berguna pada insan lain. Aku takkan dapat bawa segala ke alam lain. Dan inilah masanya untuk berkongsi kasih sayang berupa nasihat dan pemikiran ..kepada mereka yang mahu berfikir. Tuhanku, pohon KAU redha keluargaku, sahabat-sahabatku, insan-insan berilmu, mereka yang berjuang pada jalanMu dan sekalian saudara ku yang terus-terusan bernafas di bumi ini. Rahmati kami Ya Allah…amen!
5 petang, 25/12 aku bertolak semula ke Kuala Lumpur. Sedih gak rasanya sebab pasni entah bila angah akan pulang semula dan bila agaknya kami dapat berkumpul semula. Lewat jam 7 aku tiba di Puduraya. Satu hari kembara dengan kenangan dan aku pulang dengan nikmat kegembiraan. Takpelah penat sedikit. Yang penting, aku dapat bersama insan-insan kesayanganku di Melaka. End my words, ila liqo’
No comments:
Post a Comment